Isnin, 4 Oktober 2010

mahkota cinta

saya ingin kongsikan cerpen ini kepada semua.. hasil nukilan Habibuhrahman,cerpen- cerpen yang dihasilkan sungguh menarik .. semua nya beralandaskan pada ajaran Islam dan banyak yang boleh diambil untuk jadikan teladan dan pengajaran.. seperti ayat yang dikarang oleh beliau..

" Menyintai dengan timbangan fitrah dan bashirah. Mencintai dengan mata hati bukn mengikut nafsu semata-mata. perkara yang menjadi timbangan iaitu jika menyintai wanita bukan kerana tertipu dengan kecantika paras wajah dan keelokan bentuk tubuhnya, bukan kerana tersihir oleh kerana mata yang berkilat-kilat indah, bukan terpikan keran bibirnya yang ranum segar seperti mekarnya mawar, bukan kerana harta yang melimpah ruah, bukan kerana keindahan suara yang susah untuk dilupakan, juga bukan kerana kehormatannya yang akan jadi ikut  terhormat kerana menikahinya. Tapi  menyintailah dengan memakai timbangan fitrah dan mata batin, menyintai yang dicintai kerana merasakan  kesucian jiwa dan agamanya. di samping mata batinmu condong kerana kecantikan akhlaknya dan perwatakannya. juga hati yang terpikat kerana harumnya kalimat-kalimat yang keluar dari mulutnya"..


banyak lagi cerpen-cerpen dan novel yang dihasilkan oleh beliau semua nya berunsurkan ke islaman. marilah kita sama-sama membaca cerpen tersebut. semoga kita juga turut mendapat ilmu dalam mencari dan terus mencari ilmu yang tidak pernah habis. semakin kita pelajari dan mengejar ilmu maka semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu dan ingin tahu..